Kalau sahaja apa ada dalam kepala
Aku bisa botolkan
Satu satu
Bikin kapal harung tembok dunia
Kirim semua
Lepas lapisan bima
Apa?
Ini. Semuanya!
Tawa kau senyum kau mata kau gerak kau tangan kau
Jangan lupa "Hai" kau yang pertama
Bawa sekali!
Terengsot mengejar aku sampai kini
Ah!
Ada lagi dalam hati
Apa perlu aku bikin kapal kedua?
Jahanam. Kau buat apa sampai aku kusut ha?
No comments:
Post a Comment